PASTI fokus perkasa pendidikan bukan keuntungan

- Advertisement -

LAHAD DATU: Fokus utama penubuhan PASTI adalah memperkasa pendidikan, bukannya untuk mencari keuntungan, kata Exco Dewan Pemuda PAS Sabah, Kanizam Kamis.

- Advertisement -

Menurutnya, PASTI diwujudkan adalah hasil usaha Dewan Pemuda PAS bagi memartabatkan pendidikan yang berteraskan islam khusus untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

“Sejak seawal penubuhannya lagi tiada satu pun matlamat untuk mencari keuntungan seperti tanggapan sesetengah pihak, melainkan hanya untuk mewujudkan adanya suatu bentuk pendidikan yang sistemnya berpandukan Islam.

“Tuan-tuan boleh bertanya dengan pihak terlibat dalam pengurusan pasti, berapa elaun yang mereka dapat.

“Bahkan jika ada keperluan, mereka sendiri yang keluarkan duit untuk melaksanakan sesuatu aktiviti atau program di PASTI, ” ujarnya semasa merasmikan Fun Run & Fun Ride PASTI Lahad Datu di Padang Felda Wilayah Sahabat, semalam.

Beliau amat bersyukur kerana terdapat ramai ibu bapa pelajar sering membantu pihak PASTI bagi meringankan beban kerja yang ada.

Sehubungan itu, beliau berharap agar dengan bantuan itu akan menjadi asbab untuk mereka lebih mengenal Islam.

Lebih 200 peserta terdiri daripada pelajar dan ibu bapa mengikuti program tersebut. Turut hadir sama, Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Lahad Datu, Ustaz Zaki Ibrahim. – HARAKAHDAILY 15/1/2024

- Advertisement -