Elektrik: Penduduk DUN Guar Sanji terima rebat RM40

Penduduk memberi maklumat kepada petugas TNB untuk dikemas kini.
- Advertisement -

ARAU: Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Sanji menerima rebat bernilai RM40 bagi penggunaan elektrik kediaman sepanjang tahun ini.

- Advertisement -

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) terbabit, Mohd Ridzuan Hashim, inisiatif itu bagi meringankan beban kos penggunaan elektrik khususnya kepada yang kurang berkemampuan.

“Dengan rebat RM40 ni dapat membantu penduduk meringankan beban kos pengggunaan kuasa elektrik di rumah masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Program yang diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Guar Sanji itu merupakan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) dan diadakan tiga hari sehingga 17 Januari.

“Alhamdulillah, pada hari ini saja,kita menerima lebih 108 orang penduduk yang hadir bagi mengemas kini dan membuat pengesahan sebagai penerima rebat baru untuk tahun 2024,” tambahnya.

Inisiatif itu juga kata Ridzuan, mencerminkan komitmen dalam memberikan sokongan kepada komuniti setempat dan memastikan kesejahteraan pengguna dijaga. – HARAKAHDAILY 15/1/2024

- Advertisement -