
KUALA TERENGGANU: Syarikat Air Terengganu (SATU) Sdn Bhd memaklumkan bahawa status terkini kerja-kerja pembaikian paip dasar sungai 600 mm setakat 12 Januari lalu telah siap 100 peratus dari segi penyediaan reka bentuk.
Selain itu, pembekal telah dilantik, paip Mild Steel dan HDPE telah berada di tapak dan bersedia untuk kerja pembaikian sementara pembaikan dan pemasangan sedang berjalan.
SATU dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah berjaya melaksanakan persempadanan kawasan bekalan air dengan mengurangkan impak gangguan air menerusi persempadanan semula Zon Bubus bagi meminimumkan kawasan yang dijangka akan mengalami masalah tekanan air rendah.
“Proses persempadanan semula ini telah berjaya mengurangkan impak sehingga 2,000 akaun,” katanya.
Menurut SATU, bantuan alternatif iaitu 102 buah tangki statik dan 11 buah lori tangki ditempatkan bagi kawasan terlibat dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal.
SATU Water akan memaklumkan perkembangan situasi itu dari semasa ke semasa menerusi kesemua media rasmi SATU seperti mySATU, Facebook dan Instagram atau hubungi Careline di 1300-88-2111. – HARAKAHDAILY 14/1/2024











