Adun Bintong santuni 300 keluarga tahun lalu

- Advertisement -

KANGAR: Tujuh fokus utama yang menjadi matlamat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bintong, Fakhrul Anwar Ismail.

- Advertisement -

Beliau berkata, antaranya kebajikan, kesihatan, inisiatif khas, kemasyarakatan, infrastruktur awam desa seperti naik taraf jalan dan kemudahan awam serta rancangan kecil.

Jelasnya, sebanyak 25 keluarga dilawati setiap bulan, melalui usaha bersama pasukan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR).

“Dengan 25 keluarga setiap bulan, kira-kira 300 keluarga dapat saya ziarah dan lawati sepanjang tahun lalu (2023),” ujarnya lagi.

Dalam pada itu Fakhrul turut bercadang menambah lebih banyak bantuan kepada penduduk merangkumi semua aspek.

“Selain  itu, kita juga mengadakan pelbagai aktiviti masyarakat bagi mendekati penduduk dengan lebih rapat antaranya menyantuni anak muda menerusi aktiviti sukan, sarapan pagi di warung sekitar dan sebagainya,” tambahnya.

Mengulas lanjut, beliau juga menyediakan kelas usahawan digital secara percuma kepada usahawan.

Pendekatan demikian, secara tidak langsung menandakan komitmen tinggi Adun terbabit dalam membantu masyarakat yang memerlukan. – HARAKAHDAILY 13/1/2024

- Advertisement -