
KUALA LUMPUR: PAS mengutuk serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Britain terhadap Yaman.
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Amerika Syarikat dan Britain sepatutnya menggunakan kuasa yang ada bagi menghentikan serangan Israel ke atas Gaza dan bukannya mewujudkan peperangan baru.
“Serangan terhadap Yaman ini terang-terangan menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dan Britain sememangnya bersekongkol dengan zionis dalam peperangan di Gaza,” ujarnya dalam kenyataan, malam ini.
Justeru, ujar beliau seluruh dunia sepatutnya mengecam tindakan Amerika Syarikat dan Britain itu.
Kenyataan Media Presiden PAS
PAS KUTUK SERANGAN DI YAMAN
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Britain terhadap Yaman.
Amerika Syarikat dan Britain sepatutnya menggunakan kuasa yang ada bagi menghentikan serangan Israel ke atas Gaza dan bukannya mewujudkan peperangan baru.
Serangan terhadap Yaman ini terang-terangan menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dan Britain sememangnya bersekongkol dgn zionis dalam peperangan di Gaza.
Seluruh dunia sepatutnya mengecam tindakan Amerika Syarikat dan Britain ini.
“Adil, Prihatin & Berkebajikan”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 2 Rejab 1445H / 12 Januari 2024
PAS President’s Media Statement
PAS CONDEMNS ATTACKS ON YEMEN
The Malaysian Islamic Party (PAS) vehemently condemns the attacks initiated by the United States and Britain on Yemen.
Rather than inciting new conflicts, the United States and Britain should leverage their influence to halt Israel’s attacks on Gaza.
This blatant attack on Yemen underscores the collaboration between the United States, Britain, and Zionists in the Gaza conflict.
The global community should unequivocally denounce the actions of the United States and Britain.
“Justice, Compassion & Benevolence”
ABDUL HADI AWANG
PAS President
Dated: 30 Jamadilakhir 1445H / 12th January 2024

Semua reaksi:
193193
– HARAKAHDAILY 12/1/2024











