SD tak boleh tukar kerajaan

- Advertisement -

MAAF, tajuk agak ‘misleading’. Sebenarnya kaedah SD boleh tukar Perdana Menteri Malaysia.

Pada 2022 dan 2023, masuk berita;

“Strong, Formidable, Convincing,” kata Bang Non. 

“Cukup jumlah!” kata walaun (terma urban diberikan kepada Penyokong PAS). 

- Advertisement -

Tapi selepas dua frasa ini diratib dulu, berlaku ‘plot twist’, Ismail Sabri (semasa frasa 1) dan Bang Non (semasa frasa 2) jadi Perdana Menteri Malaysia.

Ya, dua frasa ini merujuk mengenai SD (Statutory Declaration) yang kita kembali ratib hari-hari sekarang. ‘Headline’ kali ini ialah cerita karut Langkah Dubai oleh JKOM dan gurauan Langkah Chow Kit oleh YAB Menteri Besar Kedah.

Surat Akuan Bersumpah atau Statutory Declaration, yang kita kenali sebagai SD, dikawal selia oleh Akta Akuan Berkanun 1960 (Akta 13) dan biasa digunakan dalam proses perundangan. SD sah di sisi undang-undang sejak zaman dulu lagi.

Jadi, jenis SD yang kita nak cerita dekat sini ialah SD yang mampu menukar Perdana Menteri Malaysia. Tapi senang-senang ke kita boleh kemuka SD?

Pihak yang mengemukakan SD harus bersedia menghadapi pendakwaan jika fakta tersebut tidak benar. Dalam demokrasi, setiap kata memiliki kuasa, dan setiap akuan harus dipertanggungjawabkan.

SD boleh ubah kerajaan, tapi bukan seperti ‘magic wand’ — perlukan bukti dan proses. Pengemuka harus membuktikan Perdana Menteri tidak layak memerintah. Menurut Peruntukan Perlembagaan dalam Perkara 43(4), Perdana Menteri harus letak jawatan jika kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.

Sekarang, sedang timbul persoalan mengenai SD sudah tidak sah untuk menukar kerajaan. Zahid Hamidi sebut, akta anti lompat parti wujud untuk halang kaedah SD. Kita harap Zahid Hamidi buka mata : dalam kes 5 Ahli Parlimen BERSATU yang beralih kepada Anwar Ibrahim, mereka tidak dianggap lompat parti.

Atau didiamkan kerana berpihak kepada kerajaan? Tak tahu, tak boleh nafi terdetik juga seminit sehari.

Parti Keadilan Rakyat (Parti Perdana Menteri) hanya memegang 15 peratus kerusi dalam kerajaan hari ini. Jika betul wujud SD berkenaan majoriti Ahli Parlimen bersama pembangkang, kita mungkin menyaksikan ‘checkmate’ yang akan membawa kepada pembentukan kerajaan baru!

Eh jap, kita kena kekal tenang dan menyerahkan urusan ini kepada hemat YDPA. Daulat Tuanku! Jika anda sebahagian daripada yang harap adanya SD tukar kerajaan hari ini, bermunajatlah. Takut terjadi ‘plot-twist’ sekali lagi.

ABU AYYASH
Projek Anak Muda Islam (PAMI)– HARAKAHDAILY 12/1/2024

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -