Penjawat awam Terengganu dapat bonus RM2,000

Dato’ Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM2,000 kepada 14,457 penjawat awam negeri yang akan dibuat pada Mac depan.

- Advertisement -

Menurut Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, jumlah tersebut sama seperti bonus yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat untuk kakitangan awam di seluruh negara.

“Saya tahu ramai tertunggu-tunggu pengumuman bonus ini. Seperti kata Menteri Besar (Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) sebelum ini bahawa bonus itu akan diberi secara pentadbiran.

“Jadi kalau ikut pentadbiran, kita ikut seperti apa yang disarankan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM2,000,” karanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Hari Pangkalan Data Utama (PADU) Bersama Penjawat Awam peringkat negeri di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Pada November lalu, Ahmad Samsuri ketika membentangkan Belanjawan 2024 tidak mengumumkan pemberian bonus kepada penjawat awam disebabkan beliau terlibat Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Katanya, langkah itu diambil kerana pihaknya mahu lebih berhati-hati bagi mengelakkan timbul berlaku kesalahan dan ketidakadilan yang dikaitkan dengan rasuah pilihan raya. – HARAKAHDAILY 11/1/2024

- Advertisement -