
KUALA LUMPUR: Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan salam takziah buat keluarga Almarhum Ustaz Dr. Borhanuddin Zakaria yang telah kembali bertemu Penciptanya akibat sesak nafas malam tadi.
“Kita telah kehilangan seorang pendidik yang cukup istiqamah menabur bakti dan menyampaikan ilmu dalam DUN Rantau Abang,” ujar Timbalan Presiden PAS itu dalam hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.
Almarhum merupakan pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
“Solat jenazah diimamkan sendiri oleh anak almarhum, dan berdoa bersama jemaah.
“Semoga Allah SWT mengampuni almarhum dan mengumpulkannya bersama para syuhada dan solehin,” ujar Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. – HARAKAHDAILY 2/1/2024












