
ANGKA korban warga Palestin di Semenanjung Gaza akibat serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel terus meningkat kepada lebih 20,000 orang termasuk 8,000 kanak-kanak dan 6,200 wanita dengan lebih 52,600 lagi dilaporkan cedera. Sehingga hari ini dianggarkan 255,000 unit kediaman mengalami kerosakan teruk dengan lebih 50,000 daripadanya sama sekali musnah.
2. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas wilayah dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti di bandar Gaza, Khanyounis, Jabalia, Rafah dan Al-Bareej.
3. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar yang dijajah rejim pengganas zionis Israel seperti di Nerim, Nir Oz dan Magen serta kawasan penempatan haram yahudi di sekitar Gaza.
4. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar Semenanjung Gaza seperti di sekitar bandar Gaza, Khanyounis, Jabalia, Al-Shajaia, kejiranan Sheikh Ridwan, Al-Zaitun, Al-Daraj dan Sabra, Juhr Al-Dik, Tel-Hawa, Tar Al-Zaatar dan kawasan utara Semenanjung Gaza.
5. Kumpulan pejuang Palestin menyatakan dalam tempoh 72 jam lalu berikutan pertempuran sengit di sekitar Semenanjung Gaza, seramai 25 orang tentera pengganas rejim zionis Israel mati dengan puluhan lagi mengalami kecederaan termasuk lebih 41 kereta kebal dan kereta perisai tentera pengganas rejim zionis Israel berjaya dimusnahkan.
6. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Nablus, Jenin, Hebron, Tulkarem, Jericho, Baitulaham dan Qalqiliya.
7. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara, dron dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan seperti di Markba, Maroun Al-Ras, Kfarkla, Eltron, Yaron, Basalia, Jabal Safi dan Jezzine.
8. Tentera Hizbullah membalas serangan udara, dron dan artileri tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan dengan melancarkan serangan roket, dron dan artileri ke atas kedudukan dan pengkalan tentera rejim pengganas zionis Israel di wilayah dan kawasan yang dijajahnya di selatan Lubnan seperti di Avivim, Musgav Am, Kiryat Shamouna, barat Galilee, Al-Rabat, Al-Rahib, Kherbet Ma’ar, Birkat Risha, Branit, Ma’alot Tarshisha, Shomera dan Masada di utara Bukit Golan.
9. Menteri Luar negara haram pengganas zionis Israel Eli Cohen menyatakan negara haram pengganas zionis Israel akan mengusahakan pembunuhan ke atas pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh dan Khaled Mashal dan mereka berdua tidak akan mati dalam keadaan semulajadi dan biasa.
10. Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov menyatakan bahawa penubuhan sebuah negara Palestin adalah satu-satunya solusi untuk keamanan.
11. Rejim pengganas zionis Israel menyatakan pendatang haram yahudi yang tinggal di penempatan haram tidak kurang 4km dari sempadan Semenanjung Gaza dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
12. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan operasi tangkapan ke atas warga Palestin di Tebing Barat dengan semalam seramai 25 orang warga Palestin telah ditangkap di pelbagai lokasi di sekitar Tebing Barat.
13. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlangsung di negara-negara di seluruh dunia seperti di Turkiye, Pakistan, Jerman, Amerika Syarikat, Finland, Sepanyol dan Denmark.
Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.
Disediakan oleh:
YB DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Luar Negara PAS Pusat – HARAKAHDAILY 21/12/2023











