
HARI ini DAP terus menuntut pelaksanaan Pilihan Raya PBT.
Agenda pengukuhan kuasa DAP di bandar-bandar utama sudah lama diperjuangkan.
Ianya tidak dapat dilaksanakan ketika Kerajaan PH 22 bulan dulu dek kerana ketegasan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menolak tuntutan tersebut.
Kini, mereka menuntutnya kembali dalam Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri ke-10 (PMX).
DAP sudah pun menjadi parti terbesar dalam kerajaan, belum cukup kuasa lagi nampaknya.
Bahkan sudah jelas agenda besar mereka impian Malaysian Malaysia DAP untuk melantik Perdana Menteri bukan berbangsa Melayu-Islam memimpin negara ini.
Inilah akibatnya apabila terlalu bertolak-ansur sehingga akhirnya kuasa Melayu-Islam ditolak beransur-ansur.
Malangnya, Umno masih belum sedar kerana terlalu asyik dengan nikmat kuasa.
SYED AHMAD FADHLI – HARAKAHDAILY 18/12/2023













