DAP merealisasi kebatilan yang tersusun

- Advertisement -

DAP tidak akan berganjak daripada dasar perjuangan mereka yang berteraskan ideologi sekular. DAP juga tidak akan pernah berhenti berusaha merealisasikan impian Malaysian Malaysia.

Namun DAP sedar mereka menghadapi dua masalah utama:

1. DAP tidak mendapat sokongan pengundi Melayu.

Sejak dahulu lagi DAP tidak menjadi pilihan orang Melayu. Bahkan PRU-15 menyaksikan lebih 70 peratus undi Melayu diberikan kepada PERIKATAN NASIONAL. 

2. Jumlah kerusi DAP yang sudah mencapai tahap tepu.

Kerusi selamat DAP hanyalah kerusi majoriti Cina sedangkan daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen, hanya 28 kerusi yang mempunyai pengundi Cina melebihi 50 peratus.

Justeru DAP tidak mampu meraih lebih daripada 40 hingga 50 kerusi Parlimen. DAP sudah mencapai jumlah tepu.

PRU12 (2008): DAP menang 28 kerusi.
PRU13 (2013): DAP menang 38 kerusi.
PRU14 (2018): DAP menang 42 kerusi.
PRU15 (2022): DAP menang 40 kerusi.

Walau bagaimanapun, DAP tahu mereka hari ini adalah parti yang mempunyai bilangan kerusi Parlimen terbanyak dalam Kerajaan PH-BN.

Segala tuntutan mereka dipenuhi. Segala kata-kata mereka dipatuhi. 

Maka penggal selama 5 tahun ini perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk DAP melaksanakan satu-satunya solusi buat parti mereka iaitu persempadanan semula terpilih.

Ada 3 signal jelas dari DAP untuk memperoleh kekuatan secukupnya sebelum menjelang PRU ke-16.

1. Lim Kit Siang telah berulang kali ‘test market’ dengan menyatakan ‘bolehnya’ Malaysia ditadbir oleh bukan-Melayu.

2. Beberapa kali mengusulkan untuk mengadakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

3. Terus memperjuangkan persempadanan semula.

Sudah sekian lama DAP memperjuangkan persempadanan semula namun hari ini mereka semakin lantang.

Bulan lepas kita mendengar Ahli Parlimen DAP mencadangkan dalam Dewan Rakyat agar Kerajaan Madani melantik Datuk S. Ambiga sebagai Pengerusi SPR. Cadangan ini tidak lain adalah bagi memudahkan pelaksanaan persempadanan semula kelak.

Melalui persempadanan semula terpilih, parti pemerintah akan dapat memilih kerusi yang akan memberikan kekuatan tambahan kepada mereka untuk dipecahkan.

Dengan kata lain, satu kerusi yang DAP menang majoriti besar akan dipecahkan kepada dua atau tiga Parlimen.

Ringkasnya, jika persempadanan semula terpilih ini berjaya dan dilaksanakan mengikut acuan DAP, maka tidak mustahil kerajaan yang dibentuk kelak akan menjadi kerajaan yang didominasi oleh bukan-Melayu Islam sekali gus merealisasikan ucapan Lim Kit Siang untuk melantik Perdana Menteri bukan-Melayu pertama negara.

DAP bukan parti pak turut. Mereka bergerak dengan strategi walaupun perlu memijak kaum majoriti.

Sebagai sebuah organisasi yang tamak kuasa, DAP tidak kisah mengenai PKR, PAN dan Umno. 

Orang Melayu tidak ada pilihan selain penyatuan.

USTAZ AIREROSHAIRI ROSLAN
Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang
18 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 18/12/2023 

- Advertisement -
- Advertisement -