BERKAT sumbang beras kepada mangsa banjir

- Advertisement -

RANTAU PANJANG: Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah memberi sumbangan beras melalui Projek Beras Untuk Rakyat (BERKAT) kepada 30 mangsa banjir di sini semalam.

- Advertisement -

Projek BERKAT merupakan inisiatif DMPM untuk membantu mereka yang memerlukan di samping meringankan segala beban yang dihadapi.

Rombongan ini dipimpin oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.

“Semoga penduduk Rantau Panjang yang terlibat tabah menghadapi ujian ini,” ujarnya.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai atas sumbangan beras untuk penduduk di sini.

“Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran,” katanya.

Skuad Prihatin mengalu-alukan orang ramai agar terus menyumbang menerusi akaun Maybank 5640 2540 0533 atas nama Parti Islam Se-Malaysia. – HARAKAHDAILY 15/12/2023

- Advertisement -