Umno tidak perlu ‘lebih sudu daripada kuah’

Salim Karim
- Advertisement -

KOTA KINABALU: Ketua Umno Papar, Datuk Jamal Nerubi diselar susulan kenyataannya yang memperoalkan kedudukan Dr Aliakbar Gulasan sebagai ADUN Lantikan dalam kerajaan negeri Sabah.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Papar, Salim Karim mengkritik tindakan Jamal itu yang mendakwa Umno sebagai parti yang berpecah di negeri ini tidak layak untuk mempersoalkan kredibiliti Pesuruhjaya PAS Sabah berkenaan.

“Seluruh rakyat tahu pembelotan Umno awal tahun ini terhadap kerajaan negeri dalam ‘Langkah Kinabalu’ yang berhasrat menukar Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor,” jelasnya.

Beliau memberikan pandangan tersebut ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Jamal yang mengkritik Dr Aliakbar semalam.

“Tidak perlu lebih sudu dari kuah, sejak bila Umno jadi balaci kepada PKR kerana yang dikritik Dr Aliakbar adalah pimpinan PKR, bukannya Umno,” soalnya.

Tambahnya, Jamal juga tidak sesuai menyebut isu tanggungjawab dan budi bahasa dalam masa yang sama partinya sendiri mempunyai ‘track record’ buruk dalam politik Sabah.

Ujarnya lagi, imej Umno telah tercalar yang telah menggugat kedudukan kerajaan GRS sebelum ini.

“Berbanding dengan PAS, yang terbukti setia dengan rakan politik lebih-lebih lagi dalam krisis politik awal tahun ini dengan menjadi antara ADUN terawal memberi sokongan kepada Ketua Menteri.

Bukan itu sahaja, menurutnya Aliakbar juga terkenal sebagai ADUN yang sentiasa mengadakan kunjungan hormat kepada pihak gereja tanda parti Islam itu menjaga hubungan beragama di negeri ini.

PAS malah ulasnya sentiasa menjuarai isu kebajikan rakyat khususnya berkaitan bencana alam dan malapetaka yang menimpa rakyat. – HARAKAHDAILY 10/12/2023

- Advertisement -