Seriuslah jaga padang untuk stadium utama negara

- Advertisement -

SAYA sempat menjenguk sekejap petang semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Gambar ini lebih awal tular dalam pelbagai medium media sosial. Tidak ingin mengambil kesempatan atas politik kepartian. 

Perlawanan akhir Piala Malaysia akan menjadi tumpuan banyak pihak khususnya di kalangan peminat bola sepak Antarabangsa. 

Saya jangka ia akan menjadi bualan hangat seluruh peminat bola sepak dan ‘kecederaan’ padang ini bakal menjadi bahan tawa peminat sukan bola sepak seluruh dunia. 

Kawasan yang tercedera, tidak ubah seperti bendang. Serius, ia amat menyedihkan.

Paling ditakuti oleh semua pasukan sama ada TFC mahupun JDT ialah kecederaan yang mungkin terjadi buat pemain mereka. Mohon dijauhkan.

Ia juga memungkinkan semua pemain lebih berhati-hati dan menyebabkan permainan hambar untuk aksi perlawanan akhir.

Seriuslah jaga padang untuk stadium utama negara!

YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 8/12/2023

- Advertisement -
- Advertisement -