Kaji undang-undang sivil yang bertentangan syariah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan usaha kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas ke arah memperkasa dan memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah akan mengambil jalan yang panjang kerana sifat hukum Islam adalah sempurna dan menyeluruh.

Ini berikutan dalam perbahasan di Dewan Negara, semalam, beliau menegaskan terdapat konflik antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah di peringkat negeri.

- Advertisement -

“Maka akan ada undang-undang sivil yang dilihat bertentangan dengan undang-undang syariah. Maka akan kekal ada tentangan daripada umat Islam untuk memastikan penghakiman terhadap mereka, umat Islam berlandaskan undang-undang Islam.

“Saya mahu cadangkan supaya selain jawatankuasa untuk mengharmonikan tadi, boleh tak atau adakah kerajaan berhasrat untuk melihat kepada undang-undang sivil sendiri yang dilihat bertentangan dengan undang-undang sedia ada dalam syariah?

“Lalu kita cuba pula kerajaan mencadangkan supaya di peringkat sivil ini.. cuba pinda, supaya undang-undang sivil dalam negara kita ini tidak dilihat bertentangan dengan undang-undang syariah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar di Dewan Negara, hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, apabila terdapat sesuatu perkara yang bertentangan itu dipinda, maka ditambah baik sehingga umat Islam berasa selesa, sama ada membawa sesuatu perkara ke mahkamah syariah atau mahkamah sivil.

“Mereka melihat bahawa ia adalah sama, iaitu sudah diharmonikan dua undang-undang yang ada dalam negara kita.

“:Sebab itu saya gunakan perkataan harmoni, supaya kita tahu bahawa undang-undang sivil ini kita boleh buat semua…sebab itu landasan kita.. akal dan rujukan kita ada. Jadi dia tidak akan bertentangan dengan hukum syariah, saya minta ia diharmonikan bukan diubah,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 7/12/2023

- Advertisement -