Naik taraf pasar Teluk Kemang sebagai pasar pelancongan

Ustaz Abdul Fatah Zakaria
- Advertisement -

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan disaran agar menaik taraf Pasar Teluk Kemang agar ia dapat dijadikan pasar pelancongan yang boleh meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga tempatan di situ.

- Advertisement -

Menurut Ustaz Abdul Fatah Zakaria (PN-Bagan Pinang), banyak penambahbaikan perlu dilakukan bagi mengatasi keadaan semasa di situ yang menyukarkan para peniaga.

“Kalau kita melihat bahawa peniaga-peniaga kecil di Teluk Kemang khususnya, menghadapi kes kesukaran untuk memasarkan produk-produk mereka.

“Ini kerana keadaan kesesakan yang berlaku di Port Dickson. Dan kedua keadaan atur urus kedai-kedai dan gerai-gerai tersebut telah menjadikan suasana di situ agak padat,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Port Dickson berkata demikian semasa membahaskan Belanjawan 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Ustaz Abdul Fatah turut mencadangkan supaya satu kajian yang mendalam bagi perkara itu dibuat agar usaha itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Dan juga memberi satu kesan ekonomi kepada penduduk setempat. Dan yang kedua dapat menjadi pusat kepada produk-produk tertentu untuk kita pasarkan di satu,” ujarnya.

Belanjawan 2024 bagi Negeri Sembilan telah dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun di dewan yang sama pada Jumaat lepas dengan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM555 juta berbanding anggaran hasil sebanyak RM520 juta. – HARAKAHDAILY 5/12/2023

- Advertisement -