
SEGALA puji bagi Allah atas kemenangan besar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.
Kemenangan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dengan majoriti 37,220 undi hakikatnya adalah kemenangan yang dijangka.
Meskipun peratusan keluar mengundi PRK kali ini lebih rendah dengan hanya 65.76 peratus berbanding PRU15, namun PAS tetap berjaya mempertahan kemenangan dengan majoriti bertambah!
Saya yakin rekod cemerlang YAB Dr. Samsuri dalam mentadbir Negeri Terengganu serta sikap buruk PH-BN secara tak langsung telah menyumbang kepada kemenangan ini.
Tidak ada mana-mana rakyat yang boleh menerima parti yang mengamalkan politik diskriminasi, zalim dan kleptokrasi.
Ternyata laporan kajian-kajian yang dilakukan mengenai penolakan rakyat terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta Kerajaan Madani adalah tepat.
Umno perlu menelan hakikat bahawa rakyat di Kemaman yang dikatakan kubu kuat Umno juga telah memberi signal jelas penolakan mereka kepada Umno di bawah Zahid Hamidi.
Pastinya kemenangan YAB Dr. Samsuri ini akan membawa sinar baharu buat Parlimen Malaysia. Insya-Allah ada tanggungjawab yang besar sedang menanti.
KAMIL ARIF BAIHAGI
Pengerusi SiswaPAS Malaysia – HARAKAHDAILY 4/12/2023











