Beza politik MB Dr Sam dan PMX Anwar

- Advertisement -

BERBEZA sungguh strategi kempen PH-BN dan PAS di Kemaman. PH-BN dilihat rancak tabur wang dan janji.

1. Pengerusi FELDA, Shabery Cheek guna dana dan platform FELDA untuk raih undi di Kemaman.

Tiba-tiba ada program Lestari Fun Walk di FELDA Neram dekat Kemaman, program kepimpinan dengan peneroka di FELDA Kerteh 5 Kemaman dan makan malam di FELDA Neram 1.

2. Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan kata kalau pengundi pilih calon BN, rakyat akan dapat keuntungan melalui wakil Parlimen yang duduk dalam Kerajaan Madani.

3. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke umum salur peruntukan RM200,000 setahun kepada 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Terengganu 

4. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ahmad Maslan siap mengungkit tanggungjawab asas yang kerajaan buat.

“Sekolah rendah dan menengah, gaji cikgu semuanya dibayar oleh Kerajaan BN dan Kerajaan Perpaduan.” – Ahmad Maslan

5. Jualan rahmah dan agihan bantuan pula giat dilaksanakan di setiap ceruk Kemaman.

Silap hari bulan, habis rakyat Kemaman kena kencing manis dengan ‘gula-gula politik’ PH-BN.

Berbeza dengan PAS walaupun calonnya merupakan Menteri Besar Terengganu.

Dr. Samsuri (Dr Sam) bukan sekadar tak pergi kedai makan atau jamuan untuk bertemu pengundi atas sebab peraturan pilihan raya, beliau bahkan tidak mengumumkan mengenai bonus untuk penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan 2024 Terengganu kerana beliau calon bagi PRK Kemaman.

Hebat prinsip pemimpin PAS. Dijunjung tinggi nilai integriti, langsung tidak disalah guna kuasa yang ada.

Seolah-olah Dr. Sam sedang mengajar PH-BN, kalau nak berlawan pilihan raya, berlawanlah cara anak jantan.

Cukup kaedah kempen ini menjadi faktor untuk Kemaman memilih PAS dalam PRK kelak. Terengganu mahukan pemimpin yang Adil, Prihatin dan Berkebajikan.

Dr. Sam untuk semua.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat
28 November 2023 – HARAKAHDAILY 28/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -