
PADA saya, isunya ialah ‘pemikiran’.
▪️ Sahibus Samahah (SS) Mufti Wilayah menasihatkan agar Konsert Coldplay tidak diadakan. Namun, kerajaan mengambil keputusan untuk meneruskan juga, dan meletakkan kenyataan SS itu sekadar pandangan, bukannya fatwa.
▪️ Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memutuskan agar tidak meluluskan permohonan Tauliah Khas bagi program Konvensyen Sunnah. Namun, kata penganjur, Pejabat Perdana Menteri mengutuskan surat supaya konvensyen tersebut diteruskan.
Mungkin perkara ini perlu diperjelaskan.
Dari sudut pemikiran, saya melihat ia berbalik kepada isu pemisahan kuasa (sekularisme), yang melemahkan institusi keagamaan.
Dengan kata lain, autoriti agama itu tidak dianggap sebagai satu ‘penguatkuasaan’ sebaliknya dibiarkan sekadar cadangan atau nasihat, suka hati nak ikut atau tidak.
Apabila kerajaan mengambil pendekatan seperti ini, maka ia akan mengajar masyarakat ke arah ‘kebebasan bersuara’ (liberalisme) mengulas hukum-hakam agama oleh golongan yang tiada asas agama.
Di sinilah saya melihat, walaupun di dalam Perlembagaan Persekutuan masih terpahat Islam sebagai agama rasmi, namun ia dikurung dengan kerangka sekular.
Iaitu Islam hanya sekadar anutan atau religion, tidak diletakkan sebagai penguatkuasaan, atau undang-undang, apatah lagi sistem negara.
MUHAMMAD MUJAHID IR HAJI MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 24/11/2023
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.












