PAS 72 tahun: Biar pemimpin teruskan visi dan misi

Roslan Abd Rahman
- Advertisement -

MUAR: PAS Kawasan Muar mengucapkan tahniah kepada PAS kerana dapat bertahan di arena politik Malaysia sejak ditubuhkan pada 24 November 1951 hingga kini.

- Advertisement -

Ketua penerangannya, Roslan Abd Rahman juga mengucapkan tahniah kepada pemimpin-pemimpin yang telah memimpin parti sejak ditubuhkan hingga kini.

“Bacaan sedekah surah Al-Fatihah kepada pemimpin PAS yang telah menemui Maha Pencipta,” ujarnya dalam satu kenyataan. 

Beliau berharap semoga PAS terus dipanjangkan umur selama mana Islam teguh menjadi dasar perjuangan parti. 

“Insya-Allah selagi dasar PAS iaitu rujukan utamanya adalah Al-Quran, Al-Sunnah, Qias dan Ijmak para ulama maka parti itu akan sentiasa diterima oleh orang Melayu Islam dan non-Muslim di negara ini

Katanya, pada usia 72 tahun, PAS kini telah berjaya mentadbir empat buah negeri dengan adil, prihatin dan berkebajikan iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

“Diharapkan semua ahli dan pendukung parti dapat istiqamah dalam PAS bagi memastikan perjuangan Islam di Malaysia dapat diterima sepenuhnya,” ujarnya.

Tambahnya, walak kepada pimpinan itu wajib dan perlu selagi mereka tidak membawa ahli kepada kemaksiatan dan kemungkaran.

“Biarkan pimpinan kita meneruskan visi dan misi mereka dalam membawa perjuangan PAS ke arah lebih jauh dan berkembang di Malaysia,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 24/11/2023

- Advertisement -