IPT perlu patut garis panduan aktiviti hiburan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) berkata, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) perlu mematuhi garis panduan berhubung aktiviti hiburan.

Menurutnya, ini bagi mengawal aktiviti dan aksi keterlaluan yang dilakukan oleh artis dan juga penonton ketika penganjuran konsert.

- Advertisement -

Katanya, pelajar merupakan bakal mewarisi kepimpinan negara dan dibimbangi akan melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak mulia jika konsert tidak dikawal.

Sebelum ini, katanya terdapat garis panduan mengenai konsert supaya mengikut acuan negara, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan garis penganjuran konsert supaya tidak bertentangan dengan agama Islam dan budaya ketimuran.

“Soalan saya, sejauh mana IPT merujuk garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dan JAKIM serta apakah langkah yang diambil bagi memastikan garis panduan aktiviti hiburan di IPT selari dengan undang-undang serta peraturan negeri,” katanya ketika Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Mohammad Yusof Apdal, berkata kerajaan mengeluarkan garis panduan kepada setiap IPTA dan IPTS.

Katanya, kerajaan akan sentiasa membuat pemantuan mengikut kesesuaian perundangan negara sedia ada kerana tidak mahu berlaku sebarang keputusan oleh IPTA dan IPTS secara sesuka hati.

“Kita harus selarikan garis panduan tersebut dengan perlembangaan negara termasuklah soal agama dan begitulah kita minta IPTA dan IPTS untuk mematuhi hukum lokaliti kuasa negeri masing-masing tidak kira negeri bawah kerajaan perpaduan atau tidak,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/11/2023

- Advertisement -