Jenayah syariah: Pinda Perlembagaan sebagaimana titah Sultan Selangor

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu yang berkaitan dengan kesalahan jenayah dan Mahkamah Syariah mendapat perhatian daripada ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa lebih luas kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal perundangan berkaitan kesalahan jenayah syariah sebagaimana titah Sultan Selangor.

Beliau mengemukakan soalan itu pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Ahli Parlimen Jerlun Dr. Abd Ghani Ahmad pula meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dimartabatkan dan Mahkamah Syariah dihormati sebagai institusi kehakiman Islam untuk menghentikan tindakan sesetengah pihak yang sentiasa berusaha mencabar bidang kuasa Kerajaan-Kerajaan Negeri berkaitan undang-undang Islam.

Ahli-ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL yang mengemukakan soalan hari ini sebagaimana di bawah.

Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) berapakah jumlah golongan miskin yang sudah didaftarkan bawah sistem eKasih; dan

(b) nyatakan progres kejayaan menoktahkan kemiskinan setakat ini selepas dimulakan secara keseluruhannya terutama di kawasan Parlimen Kapar.

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyatakan:

(a) perancangan Kementerian dalam menghadapi masalah kekurangan bekalan barangan asas seperti gula, telur ayam, minyak masak, tepung gandum dan lain-lain; dan

 (b) bagaimanakah tindakan Kementerian menyelesaikan masalah kenaikan harga barang tersebut oleh pembekal dan peruncit.

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang Kerajaan perlu tanggung setiap tahun sejak 2020 bagi menampung kos perubatan veteran berpencen dan veteran tidak berpencen di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Angkatan Tentera Malaysia.

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan sejauh mana Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Nasional yang telah dilancarkan dapat membantu perancangan Kerajaan untuk memanfaatkan sumber-sumber Rare Earth Element (REE) yang ada di dalam negara kita.

Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan konsep sewa beli untuk pembeli rumah pertama, adakah konsep sewa beli ini akan dilaksanakan oleh institusi kewangan seperti bank atau akan melalui agensi kerajaan seperti SPNB dan PR1MA atau koperasi.

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyatakan tindakan Kerajaan dalam menangani masalah ketirisan penjualan minyak petrol bersubsidi (RON 95) di stesen-stesen minyak berdekatan sempadan negara dan diesel bersubsidi secara haram di sempadan maritim negara.

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan pelan tindakan pihak Kementerian melalui Jawatankuasa Road To Gold (RTG) bagi persiapan para atlet negara menghadapi temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Komunikasi Dan Digital menyatakan SOP penganjuran konsert-konsert yang melibatkan artis-artis luar negara mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan supaya tidak bercanggah dengan nilai kesopanan dalam Islam diikuti oleh pihak penganjur.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) usaha memperkasakan peraturan spesifikasi struktur bangunan yang berdaya tahan menghadapi bencana alam; dan

(b) langkah penguatkuasaan peraturan tersebut.

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) [Tanjong Karang] minta  Menteri  Perdagangan  Dalam  Negeri  Dan  Kos  Sara Hidup menyatakan pelan tindakan semasa oleh Kerajaan bagi menangani perbezaan jurang kos perbelanjaan sara hidup bagi rakyat yang tinggal di dalam bandar dan di luar bandar berikutan peningkatan harga barang mentah yang dilihat semakin terus meningkat mutakhir ini.

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Komunikasi Dan Digital menyatakan apakah peraturan-peraturan bagi pihak penganjur untuk menganjurkan konsert terutamanya melibatkan artis antarabangsa di Malaysia dan apakah langkah-langkah yang sewajarnya diambil bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku sewaktu pengajuran konsert itu berlangsung.

Dr. Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memasukkan ahli waris pihak yang terlibat dalam kes bunuh sebagai salah seorang anggota Lembaga Pengampunan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri    Pembangunan    Kerajaan     Tempatan    menyatakan pendirian dan usaha pihak Kementerian ke atas penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) yang mempunyai kemampuan untuk berpindah (47% berdasarkan kajian PPR oleh Khazanah Research Institute Mei 2023) menamatkan penyewaan dan memberi peluang kepada individu lain yang lebih memerlukan.

Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan Rang Undang-undang Dana Politik serta sejauh mana semakan diadakan terhadap akta-akta lain yang berkaitan seperti Akta SPRM 2009 bagi mengawal selia pendanaan parti politik dalam negara.

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) tindakan bagi menyelesaikan masalah kuarters Kerajaan di seluruh Malaysia yang terbiar dan usang; dan

(b) adakah Kementerian berhasrat memanfaatkan kuarters itu kepada agensi-agensi Kerajaan yang lain atau membuka untuk disewa agar rakyat juga dapat memanfaatkan dan mengelakkan pembaziran.

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan kajian keselamatan dan kesejahteraan rakyat dengan pemasangan CCTV di tempat-tempat tumpuan khususnya di pusat bandar utama seluruh negara.

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Perdana Menteri menyatakan berapa jumlah perbelanjaan yang dihabiskan bagi memasang “billboard” atau papan iklan Malaysia Madani di seluruh negara sejak pembentukan Kerajaan campuran pada bulan November yang lepas sehingga sekarang.

Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar]   minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri  Dan Kos  Sara Hidup menyatakan pelan tindakan semasa dan jangka panjang yang telah dan bakal diambil bagi mengurangkan  beban   kos  sara  hidup rakyat   terutamnya        yang melibatkan keperluan asas dan harian.

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Perdana Menteri menyatakan usaha yang diambil bagi menyelaraskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam bagi negeri-negeri yang sudah mewartakan undang-undang tersebut.

Dr. Abd Ghani bin Ahmad [Jerlun] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dimartabatkan dan Mahkamah Syariah dihormati sebagai institusi kehakiman Islam untuk menghentikan tindakan sesetengah pihak yang sentiasa berusaha mencabar bidang kuasa Kerajaan-Kerajaan Negeri berkaitan undang-undang Islam.

Tuan Roslan bin Hashim [Kulim Bandar Baharu] minta Perdana Menteri menyatakan adakah rumah generasi kedua FELDA diteruskan seperti yang telah dirancangkan.

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan dalam meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa lebih luas kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal perundangan berkaitan kesalahan jenayah syariah sebagaimana titah KDYMM Sultan Selangor.

Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha membina, membaiki dan menaik taraf balai-balai bomba yang usang dan peralatan-peralatan yang uzur dan rosak terutamanya dalam Parlimen Baling.

Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyatakan perkembangan terkini perancangan untuk melaksanakan lesen khas perniagaan dalam talian bagi mengekang isu penipuan transaksi dalam talian. – HARAKAHDAILY 15/11/2023

- Advertisement -