
PADA 2003, Presiden AS ketika itu, George Bush Jr melancarkan pencerobohan ke atas Iraq dan menjustifikasi pencerobohan itu berdasarkan laporan risikan CIA kononnya Iraq memiliki WMD (Weapon of Mass Destruction).
Kesudahannya?
Tiada WMD ditemui dan diakui sendiri oleh CIA. 500,000-1,000,000 rakyat Iraq dibunuh. Artifak Iraq dicuri, lahirnya ISIL/ISIS, Saddam Hussein dibunuh pada 2006 dan banyak lagi!
Semua ini kerana pembohongan Presiden AS yang diakui oleh CIA yang kemudiannya Perdana Menteri British, Tony Blair meminta maaf di atas ‘kesilapannya’. Sehingga hari ini, kedua-dua pembunuh ini masih bebas dan tiada dakwaan terhadap mereka.
Hanya satu ‘I’m sorry’ dari Tony Blair, 500,000 – 1,000,000 rakyat Iraq dibunuh!
Dan hari ini, sekali lagi AS menerusi laporan risikan mereka memberitahu dunia bahawa HAMAS beroperasi dari Hospital Al-Shifa dan beberapa hospital lain bagi membantu menjustifikasi pembunuhan beramai-ramai oleh kumpulan pengganas Zionis.
Masih ada manusia yang mempercayai ‘intelligence report’ AS?
“Fool me once, shame on you; fool me twice, shame on me.”
Mereka yang masih ingin percaya AS dan Zionis, bukannya mereka yang cerdik tetapi anda yang sanggup diperbodohkan!
FIRDAUS WONG WAI HUNG
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 15/11/2023
Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02r62uYV7DLK32sk4aGnDjcGSs93wJ3jaykvjmx7hFioqVBzJbJ2CuuoBMP8gecmrAl&id=773088628&mibextid=Nif5oz
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











