
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibidas terhadap perjuangan integriti dan memerangi rasuah, serta reformasi pentadbiran dan Parlimen, juga tatakelola dilaungkannya.
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim berkata, tidak mungkin orang yang pernah terlibat salah guna kuasa akan bercakap berkenaan isu rasuah dan menyatakan mereka akan bertindak profesional.
Beliau turut menempelak Menteri Dalam Negeri, Senator Dato’ Seri Saifuddin Nasution berhubung isu tersebut ketika sidang media khas Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di lobi Parlimen, di sini sebentar tadi.
“Saya nak bagi tahu Menteri Dalam Negeri, arrangement ataupun susun atur ejen-ejen yang menghubungi Ahli-ahli Parlimen (PN) juga secara profesional sebab mereka tahu ini kalau salah atur secara tidak profesional akan memberi ‘back fire’ balik kepada mereka.
“Jadi tentulah walaupun jahat, tapi profesionallah. Dijawab oleh Menteri Dalam Negeri, sila beri bukti. Memang susah untuk memberi bukti secara nyata, tetapi ada evidence yang disebut oleh YB Machang (Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal) tadi,” ujarnya.
Beliau mempertikaikan jawapan Saifuddin bahawa semasa PN menjadi kerajaan pernah berhubung dengan beberapa wakil parti pembangkang, sedangkan ketika itu ia bertujuan mendapat konsensus.
Tegasnya, berbeza sedang berlaku ketika ini apabila dihubungi individu-individu sedangkan sepatutnya dengan kalangan yang diberi autoriti dan mandat oleh PN bagi mengadakan rundingan.
Bagaimanapun bidas Awang, sudah dua kali berunding, tetapi masih belum ada kesimpulan untuk memuktamadkan pemberian peruntukan kewangan sepatutnya kepada pihak pembangkang.
“Kenapa pada ketika ini pihak kerajaan yang dikatakan nak nak memperjuangkan reformasi pentadbiran, reformasi parlimen ini dengan ada Akta Undang-undang Lompat Parti, masih lagi masih lagi mencari individu dan menggunakan kelemahan akta itu?
“Sebenarnya (empat MP PN) sokong (PM) itu pun dah interpreted bagi kita satu-satu kesalahan lompat parti yang boleh kehilangan mereka dalam jawatan. Tetapi Parlimen ini saya nak kata merogol undang-undang yang dibuat di atas kelemahan-kelemahan yang ada.
“Atau dapat parti ini untuk kepentingan mereka melalui ejen-ejen yang disusun atur, mencari individu-individu. Kenapa tidak menggunakan mandat kepada mereka yang berautoriti untuk membuat perbincangan berkenaan dengan peruntukan ini?
“Ini persoalan yang ditimbulkan sekarang? Jadi sila jawab kalau kamu kerajaan PMX ini nak memperjuangkan integriti, reformasi parlimen untuk memerangi rasuah, kenapa ini berlaku? Ini adalah unsur rasuah yang paling keji.
“Yang paling jelik dalam sistem pentadbiran negara sekarang ini, iaitu yang dikatakan reformasi pentadbiran dalam negara, begitu juga tatakelola, begitu juga reformasi Parlimen, bullshit!” bidasnya. – HARAKAHDAILY 14/11/2023











