
LONTARAN-lontaran sebegini (gambar) bimbang akan mengheret kepada isu geopolitik. Tulisan ringkas ini sekadar nak ‘spark’.
(Selama ini istilah ini kita gunakan untuk peringkat Antarabangsa. Tapi kali ini, sekadar nak pinjam untuk terangkan situasi nasional)
Antara isu-isu ‘geopolitik’ Malaysia ialah slogan untuk memisahkan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia. Iaitu Sabah for Sabahan, Sarawak for Sarawakian.
Ketika zaman British dahulu, ada istilah negeri-negeri Selat bagi menguasai laluan laut Selat Melaka.
Kalau perasan, Pantai Barat Malaysia sejak sekian lama dikerat-kerat (Persempadanan Semula) sehingga meningkatkan bilangan Parlimen. Jauh berbeza dengan Pantai Timur.
Jadi, apabila bersuara di Parlimen, lebih banyak dipengaruhi oleh Pantai Barat. Boleh lihat Pantai Barat banyak didominasi oleh siapa, dan siapa YB mereka.
Tambahan pula Pantai Barat bersebelahan dengan laluan laut yang penting, iaitu Selat Melaka.
Antara yang perlu difikirkan ialah ucapan Nga Kor Ming sebelum PRU15 mengenai ‘Corridor of Hope’ [1] [2].
“Kita dah menang Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Tetapi kurang satu lagi iaitu Perak.”
“Sekiranya, kita menang Perak pada PRU kali ini, dari Utara ke Selatan semua negeri menjadi koridor PH. Dan dari situ kita memperluaskan ke Johor dan Pahang,”
Istilah Corridor of Hope ini kena selidik balik. Adakah ia merujuk kepada Koridor PH, atau nak gambarkan dengan Hope istilah yang digunakan dalam Kristian. WaLlahuaklam.
Kalau lontar perkara seperti ini di Parlimen, biasanya Jelutong akan bangun sambil berkata ‘ini sangkaan jahat’.
Ketika PRU15 juga Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bertanding di Tambun, dan menuju kepada kerusi Perdana Menteri. Kenapa memilih Tambun?
Yang paling jelas, Perak dijadikan sebagai benteng hadapan oleh Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) [2].
Dulu, setelah keluar dari penjara beliau bertanding di Port Dickson yang terletak di Laluan Selat Melaka. Terfikir tak kenapa PD dipilih?
Yang terbaru ialah lontaran Ahli Parlimen Kampar mencadangkan Langkawi diletakkan di bawah Pentadbiran Putrajaya yang sedang dikuasai oleh PH hari ini. Fikirkan.
MUHAMMAD MUJAHID IR HAJI MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 9/11/2023
[1] https://harakahdaily.net/index.php/2022/11/09/koridor-harapan-dap-dan-anwar-ibrahim/
[2] https://m.malaysiakini.com/news/639718
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.












