
KUALA LUMPUR: Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) sedia ada dibangunkan untuk memberi manfaat kepada generasi baharu yang tinggal di kawasan rancangan Felda.
Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said, perinciapan projek PGBF yang telah dilaksanakan ialah siap dibina iaitu Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance, CCC adalah 12 tapak (2,458 unit).
Tambahnya, PGBF dalam pembinaan ialah 11 tapak (2,546 unit), serah kepada Kerajaan Pahang sebanyak 10 tapak (1,840 unit) dan terbengkalai tidak ada peruntukan – tujuh tapak (1,400 unit).
“Projek PGBF di kawasan rancangan Felda yang terbengkalai akan disempurnakan secara berperingkat dan dijangka siap untuk pada Disember 2024,” ujarnya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ustaz Kamal Ashaari [PN-Kuala Krau] di Dewan Rakyat, hari ini.
Ustaz Kamal dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan berapa jumlah peneroka Felda yang termasuk di dalam projek PGBF dan bilakah jangkaan laporan menyeluruh itu dapat dibentangkan untuk maklumat umum. – HARAKAHDAILY 8/11/2023











