
BARU-baru ini telah tular live yang tidak berakhlak dan senonoh di salah sebuah platform media.
Bahkan ada beberapa kesalahan fatal yang dilakukan:
1. Promosi menggunakan bendera Negeri Pulau Pinang.
2- Terang-terangan mempromosi aktiviti yang tidak senonoh.
Lalu, apa tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya mereka yang Muslim yang sudah dapat habuan jawatan?
Adakah tiada tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan bendera Penang bagi mempromosi perbuatan terkutuk mereka?
Ingatlah janji Allah itu benar, mereka yang bersekongkol juga dan diam atas kemaksiatan akan diazab Allah S.W.T.
Apakah begitu lemah Muslim yang berada dalam Exco Kerajaan Negeri sedangkan perkara maksiat sebegini masih tiada tindakan meski sudah berlalu selama 4 hari?
Ayuh bangkit tolak kemungkaran!
MOHAMAD IKHWAN AFIQ
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
7 November 2023 – HARAKAHDAILY 7/11/2023












