
JAZAKUMULLAHU khair kepada sukarelawan Jabatan Amal yang dari pagi hingga ke malam berada di ground zero banjir kilat Semenyih.
Kehadiran dan sokongan kalian tidak dapat dinilaikan dengan matawang dunia. Semoga Allah Al Latif Al Khabir membalas kebaikan kalian dengan pahala yang berlipat ganda.
Penutup tirai malam ini adalah operasi membersihkan rumah Tuan Razib di Kampung Batu 3 dengan bantuan sahabat-sahabat Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia (Selangor).
Bencana ini adalah satu ‘hadiah’ daripada Allah untuk setiap dari kita; tuan rumah, yang melihat, yang dekat, yang bertanggungjawab.
Kita semua akan dihisab dan diberi ganjaran sesuai tindakan kita. Semoga Allah pandang dan hargai mujahadah kita:
“… Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi”
(Luqman: 16)
YB USTAZ NUSHI DATO’ MAHFODZ
ADUN Selangor
N.24 Semenyih – HARAKAHDAILY 6/11/2023













