69 graduan terima diploma KIDU, KUDQI

- Advertisement -

ALOR SETAR: Seramai 69 graduan menerima diploma sempena konvokesyen bersama Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) dan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI), Terengganu.

- Advertisement -

Jumlah berkenaan melibatkan 23 graduan Syahadah ‘Aliyah (KIDU), manakala 36 graduan KUDQI (30 Syariah, 16 Usuluddin).

Konvokesyen serentak dua kolej yang diadakan di Dewan Datuk Fadzil Nor, Kompleks PAS Kedah hari ini merupakan julung kalinya diadakan bersama sejak ditubuhkan.

Penganugerahan Syahadah ‘Aliyah Usuluddin kepada graduan KIDU disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Muasasah Darul Ulum (MDU), Dato’ Ahmad Yahaya, manakala penganugerahan diploma KUDQI disampaikan Pengerusi Majlis KUDQI, Dato’ Husain Awang.

Sementara, Anugerah Khas Konvokesyen disampaikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Acara Istiadat Konvokesyen bermula jam 9.40 pagi dengan perarakan saf kenamaan selepas perarakan masuk graduan pada jam 9.30 pagi.

Pemakluman pembukaan konvokesyen dilakukan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Pengerusi MDU, Dato’ Ahmad Yahaya. – HARAKAHDAILY 29/10/2023

- Advertisement -