
MUSCAT, Oman: China telah menempatkan enam kapal perangnya di Timur Tengah, yang menyaksikan kapal-kapal ini telah belabuh di kawasan itu sekurang-kurangnya seminggu lalu.
Memetik laporan South China Morning Post (SCMP) dan Sputnik, ia adalah pasukan tentera laut ke-44 tentera China (PLA), yang sebelum ini menjalankan latihan bersama dengan Oman.
Kapal-kapal perang berkenaan dilengkapi pemusnah peluru berpandu berpandu Type 052D, frigat Jingzhou dan kapal bekalan bersepadu Qiandaohu
Tindakan itu dilakukan tepat ketika Amerika Syarikat (AS) menghantar USS Gerald R Ford, kapal pengangkut pesawatnya yang paling canggih, USS Gerald R For, bersama kumpulan tempurnya ke rantau Asia Barat.
Sebaliknya, tentera Zionis Israel telah memberi amaran bahawa Hizbullah yang disokong Iran berisiko mengheret negara jiran Lubnan ke dalam kancah peperangan, selepas ia turut menyerang Tebing Barat dan Syria dengan berkata peluru berpandu anti-kereta kebal ditembak dari Lubnan pada hari Ahad (22 Okt).
Memetik laporan Wion pula, buat masa ini status kapal-kapal perang China itu tidak diketahui, namun ia bertepatan dengan gesaan pemimpin China, Xi Jinping untuk gencatan senjata dan koridor kemanusiaan di Gaza.
Komen Xi dibuat semasa pertemuan dengan Perdana Menteri (PM) Mesir, Mostafa Madbouly di luar Forum Belt and Road (BRI) di Beijing pada minggu lalu.
Media negara China memetik Xi sebagai memberitahu Madbouly bahawa negara itu menyokong usaha Mesir untuk membenarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza. – HARAKAHDAILY 23/10/2023




















