Zionis Israel serang Gaza, Tebing Barat, Syria, Lubnan 

Selepas mengebom habis-habisan Semenanjung Gaza, tentera udara Zionis Israel laknatullah yang juga telah menyerang Tebing Barat dan Syria kini berhasrat memusnahkan Lubnan pula. (FOTO: AFP)
- Advertisement -

SEMENANJUNG GAZA: Pesawat Zionis Israel meneruskan serangan udara di seluruh Semenanjung Gaza awal hari ini, Isnin (23 Okt), termasuk di kawasan di mana rakyat Palestin telah diberitahu untuk mencari perlindungan menyebabkan 436 terkorban dalam tempoh 24 jam lalu; dengan sekurang-kurangnya 60 kematian dalam pengeboman semalaman.

Israel dijangka melancarkan serangan darat di Gaza dalam masa terdekat, yang menyaksikan. kereta kebal dan tentera darat telah berkumpul di sempadan.

- Advertisement -

Ia berkata, peningkatan serangan udara adalah untuk mengurangkan risiko kepada tentera darat sebelum ia memasuki fasa pencerobohan perangnya terhadap kawasan yang dikepung, lapor The New Arab.

Kebimbangan perang yang semakin meluas semakin meningkat apabila pesawat Zionis Israel telah menyerang sasaran di Tebing Barat, Syria dan Lubnan yang diduduki sejak kebelakangan ini.

Ia juga sering bertukar tembakan dengan kumpulan pejuang Hizbullah Lubnan, yang bersenjatakan puluhan ribu roket.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu tentera di utara Israel pada hari Ahad (22 Okt) bahawa jika Hizbullah melancarkan perang, ‘mereka akan membuat kesilapan dalam hidup masing-masing. 

“Kami akan melumpuhkannya dengan kekuatan yang tidak dapat dibayangkan, dan akibatnya dan negara Lubnan akan menjadi medan kemusnahan,” katanya.

Pihak berkuasa kesihatan di Gaza berkata sehingga hari ini, Isnin (23 Okt) lebih 5,000 orang penduduk terkorban sejak 7 Okt bermulanya perang antara kumpulan pejuang Palestin Hamas dan Israel, dengan lebih 15,000 cedera. – HARAKAHDAILY 23/10/2023

- Advertisement -