
SHAH ALAM: Muktamar PAS kali ke-69 petang ini menerima enam usul yang dibahaskan, manakala satu lagi diterima tanpa bahas.
Pengerusi Jawatankuasa Usul, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, secara keseluruhan pihaknya menerima 27 usul melibatkan lima daripada Dewan Pemuda, Dewan Muslimat (5) Dewan Ulama (3) dan 14 usul dari PAS kawasan-kawasan.
“Daripada 27 usul yang diterima, terdapat daripadanya ditolak, ada digabung dan diterima untuk dibahaskan,” katanya ketika menjelaskan perkara tersebut pada agenda perbahasan usul.
Enam usul yang diterima untuk dibahaskan, katanya melibatkan usul alam sekitar, anak muda, federalisme, undang-undang syariah, Palestin dan kebebasan media.
Manakala usul diterima tanpa bahas iaitu mengaktifkan semula ILHAM di seluruh peringkat dicadangkan PAS Pasir Mas. – HARAKAHDAILY 21/10/2023











