Ceramah empat Menteri Besar PN meriah

- Advertisement -

SHAH ALAM: Walaupun hujan lebat sejak petang menyebabkan lokasi Karnival Gagasan Muslim becak, ini tidak menghalang orang ramai menghadiri ceramah empat Menteri Besar PERIKATAN NASIONAL (PN), malam tadi.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, secara berseloroh berkata: “kita ingat keadaan becak dan berselut hanya di negeri yang ada bendang padi seperti di Kelantan dan Kedah, rupa-rupanya di Selangor pun berselut.

“Namun Alhamdulillah, orang ramai sanggup datang mengikut ceramah yang jarang-jarang diadakan dengan penampilan empat Menteri Besar PN,” katanya pada ceramah itu.

Keadaan becak dan licin menyebabkan benda keras seperti kayu diletakkan di lokasi karnival bagi membolehkan orang melalui kawasan itu.

Keadaan hujan renyai-renyai tidak menghalang orang ramai memenuhi bawah khemah karnival sehingga ramai yang berdiri di sekeliling khemah kerana kerusi penuh.

Ceramah menampilkan Menteri Besar kerajaan negeri yang ditadbir PN, iaitu Mohd Shukri Ramli (Perlis), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor (kedah), Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) dan Dato Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud (Kelantan).

Sementara itu Mohd Shukri berkata, PN mempunyai kepimpinan berkualiti bagi mentadbir negeri, termasuk Perlis.

Katanya, kepimpinan yang berwibawa sentiasa diperlukan dalam menyelesaikan isu-isu tersebut, lebih-lebih lagi apabila kurang mendapat bantuan daripada Kerajaan Pusat.

“Namun Alhamdullillah, kami berjaya melakukannya dan mendapat pelaburan sebanyak RM2.5 bilion menyebabkan kerajaan PH-BN terpaksa tutup mulut,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/10/2023

- Advertisement -