Muktamar Tahunan DMPM ke-63 bermula malam ini

- Advertisement -

SHAH ALAM: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-63 bermula malam ini di Ideal Convention Centre (IDCC) dekat sini.

- Advertisement -

Muktamar yang dijangka dihadiri kira-kira 700 perwakilan dari seluruh negara akan dirasmikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Ketua DMPM, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dijadual menyampaikan ucaptama dengan mengekalkan tema tahun lepas iaitu ‘Penyatuan Ummah Menuju Kemenangan’.

Selain itu, persembahan montaj akan ditayangkan selepas ucapan aluan penyelaras Muktamar DMPM, Dr Nurul Hani Ali.

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah khas. Sidang Muktamar akan dimulakan pada esok bermula jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang mengikut agenda yang telah dijadualkan. – HARAKAHDAILY 18/10/2023

- Advertisement -