Program Peningkatan Pendapatan masih diteruskan

Datuk Idris Ahmad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Idris Ahmad [PN-Bagan Serai] ingin tahu adakah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) di bawah seliaan pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diteruskan pada pentadbiran Kerajaan Persekutuan kali ini.

- Advertisement -

Ini, katanya memandangkan ia menyasarkan kumpulan B40 yang tinggal di luar bandar untuk meningkatkan pendapatan semasa mereka.

Sehubungan itu, beliau meminta penjelasan daripada menteri berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam jawapan bertulis, KKDW menyatakan PPP yang dilaksanakan oleh kementerian masih lagi diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke-12.

Katanya, bagi tahun 2023, sebanyak RM12 juta diperuntukkan di bawah program bantuan itu.

Sehingga kini, ujarnya seramai 1,202 peserta telah menerima bantuan di bawah program itu melalui pelbagai aktiviti ekonomi yang berupaya menambah pendapatan golongan sasar miskin tegar, miskin dan B40 di luar bandar. – HARAKAHDAILY 16/10/2023

- Advertisement -