Naik taraf Mini Stadium Pasir Mas bermula Sept 2024

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja menaik taraf Stadium Mini Pasir Mas akan bermula pada September 2024, kata Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

- Advertisement -

Menurut KBS, projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) itu akan ditender pada Mei 2024 dan dijangka siap pada Disember 2025.

KBS menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahmad Fadhli Shaari [PN-Pasir Mas] pada persidangan Dewan Rakyat, har ini.

Ahmad Fadhli dalam soalannya meminta KBS menyatakan perkembangan proses kerja-kerja naik taraf Mini Stadium Pasir Mas seperti yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu. – HARAKAHDAILY 16/10/2023

- Advertisement -