
KUALA LUMPUR: Bangunan Kementerian Buruh yang dibina hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia turut terkesan akibat serangan rejim Zionis.
Menurut PASRelief bangunan itu dibangunkan pada 15 Januari lalu dan siap Ogos lepas dengan jumlah kos RM1.1 juta.
Katanya bangunan Kementerian Buruh yang baharu siap dan tidak sempat digunakan turut terkesan oleh serangan, manakala bangunan lama di sebelahnya musnah menyembah bumi.
“Bangunan baru bakal dijadikan tempat rakyat Palestin mencari rezeki kini sudah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.
“PASRelief bertekad untuk mengumpulkan dana bagi membaik pulih semula bangunan Kementerian Buruh dengan lebih baik dan insya-Allah akan dimanfaatkan rakyat Palestin,” katanya pada kenyataan di sini.
Sehubungan itu PASRelief mengecam sekeras-kerasnya serangan Zionis Israel ke atas rakyat di Palestin.
Menuruntya serangan rejim Israel semakin mengganas dan biadap kerana menyasarkan orang awam, di mana kebanyakannya golongan wanita dan kanak-kanak.
Kata beliau tentera rejim Zionis bertindak lebih biadap apabila menggunakan bom fosforus putih yang diharamkan di peringkat antarabangsa.
“Antara yang menjadi sasaran bom Zionis Israel bangunan awam termasuk bangunan Kementerian Buruh yang dibina PASRelief.
“PASRelief mengajak rakyat negara ini merebut ruang dan peluang menyumbang dalam menambah baik pulih bangunan tersebut,” ujarnya.
Sumbangan boleh disalur melalui akaun Maybank – 5640 7061 4481 atas nama Tabung Kemanusiaan PASRelief.
Atau melalui : https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief.
Naklumat lanjut boleh hubungi hotline PASRelief di talian 017-500 1144. – HARAKAHDAILY 16/10/2023











