Sabri Yunus bernikah dengan Angelina Tan

DJ Issey bergambar kenangan bersama Sabri dan Angelina Tan. (Foto daripada Facebook Issey Fazlisham)
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pelakon, pengarah dan pelawak terkenal tanah air, Sabri Yunus dilaporkan menamatkan zaman dudanya dengan pelakon, Angelina Tan, 56, hari ini.

- Advertisement -

Gambar pernikahan Sabri, 62, atau nama sebenar Mohd Sabri Yunus yang popular dengan beberapa watak seperti Wan Ismail Golok dan Pok Ya Cong Codei bernikah dengan Angelina yang terkenal dengan watak Lucy menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Gambar pernikahan mereka tular di media sosial meskipun difahamkan majlis akad nikah itu hanya dihadiri saudara terdekat.

Salah seorang anggota keluarganya yang tinggal di Kuala Lumpur ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya yang berasal dari Pengkalan Chepa, beliau sendiri tidak hadir termasuk beberapa anggota keluarga memandangkan majlis berkenaan hanya diadakan secara tertutup dan majlis biasa sahaja.

“Tapi memang terkejutlah sayapun bila tengok berita tu dah viral, tak apalah semuanya berjalan dengan baik.

“Saya sebagai anggota keluarga mendoakan kebahagiaan buat mereka dan pilihan itu memang sesuai. Angeline@Ardini memang baik,” ujarnya.

Pasangan itu difahamkan dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Perlis, 10.30 pagi tadi.

Sebelum ini sering dilihat di media sosial milik Angeline beliau sering berkongsi memakai tudung.

Tindakannya itu menarik perhatian warga maya. – HARAKAHDAILY 14/10/2023

- Advertisement -