Tentera zionis lancar serangan udara amat ganas ke Gaza

- Advertisement -

TENTERA rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara yang amat ganas ke atas Semenanjung Gaza yang menyebabkan kemusnahan besar seperti kejiranan Karama, Kejiranan Sheikh Radwan, Deir Al-Balah, Khanyounis, kem pelarian Jabalia dan Rafah serta meneruskan kembali serangan bom ke atas Universiti Islam Semenanjung Gaza dan pelabuhan Gaza yang menyebabkan peningkatan kadar korban dan kecederaan di kalangan rakyat Palestin.

- Advertisement -

2. Kumpulan perjuang Palestin melancarkan serangan roket ke arah Tel Aviv, Ashdoud, Asqlan, Zikim, Ibim, Ires dan Sedirut yang menyebabkan kerosakan infrastruktur dan bangunan serta mengakibatkan kecederaan dan kematian di kalangan pendatang haram yahudi. Serangan roket juga turut dilancarkan ke  kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bin Ghurion di Tel Aviv yang menyebabkan banyak kapal terbang tidak dapat mendarat dan penerbangan dibatalkan seterusnya menyebabkan lapangan terbang tersebut ditutup.

3. Dilaporkan angka kematian di kalangan pendatang haram yahudi, polis dan tentera rejim zionis Israel telah melepasi angka 1,200 orang dengan lebih 3,000 lagi cedera. Namun terdapat laporan dari media negara haram yahudi menyatakan angka kematian telah menghampiri 1,500 orang.

4. Lebih daripada 1,000 rakyat Palestin terkorban dengan lebih 5,000 lagi mengalami kecederaan berikutan serangan ganas bertali arus tentera rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza.

5. Pengarah Hospital Perubatan Al-Shifa menuntut agar diwujudkan satu koridor yang selamat untuk membawa masuk peralatan dan ubat-ubatan serta mendirikan hospital medan dengan kadar yang amat segera. Kami (kakaitangan hospital) terpaksa bekerja tanpa henti walaupun mendapat berita ahli keluarga yang terkorban. Hospital yang masih beroperasi di Semenanjung Gaza menghadapi kesukaran mendapatkan ubat-ubatan dan keperluan penting berikutan kepungan dan sekatan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza.

6. Hizbullah melancarkan dua peluru berpandu yang menyasarkan wilayah Al-Dahira yang dijajah regim zionis Israel di utara Lubnan menyebabkan kecederaan ke atas tentera regim zionis Israel. Tentera regim zionis Israel kemudiannya melancarkan serangan artileri dan pesawat pejuang tentera regim zionis melancarkan serangan roket ke atas wilayah Lubnan.

7. Tentera rejim zionis Israel melancarkan serangan artileri dan mortar ke atas Bukit Golan selepas dilancarkan serangan mortar dari arah Syria ke wilayah utara negara haram Israel.

8. Hizbullah menyatakan Amerika Syarikat adalah rakan dalam keganasan rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dan bertangungjawab ke atas pembunuhan, jenayah dan kepungan ke atas rakyat Palestin.

9. Tentera rejim zionis Israel memperkukuhkan kedudukan tenteranya di Bukit Golan dan di sempadan Lubnan.

10. Jurucakap tentera regim zionis Israel menyatakan bahawa tentera rejim zionis Israel sedang bersiap sedia untuk memasuki Semenanjung Gaza dan semua pilihan sedang diperhalusi.

11. Amerika Syarikat dan sekutunya memberi amaran kepada Hizbullah agar tidak meningkatkan ketegangan dalam perang di Palestin.

12. Bekalan eletrik di Semenanjung Gaza terputus berikutan terhentinya operasi loji janakuasa.

13. Tentera rejim zionis Israel meningkatkan penggunaan bom fosforus putih yang terlarang dalam serangan udaranya ke atas Semenanjung Gaza.

14. Rejim zionis Israel mengarahkan pendatang haram yahudi yang tinggal di Bukit Golan agar segera berlindung di tempat perlindungan.

15. Tentera rejim zionis Israel telah melakukan jenayah perang apabila melancarkan serangan ke atas kakitangan paramedik sebuah ambulans yang menyebakan 4 kakitangan paramedik terkorban.

16. Di Nablus, Tebing Barat, 3 warga Palestin terkorban manakala 11 lagi cedera akibat ditembak setelah bertempur dengan tentera rejim zionis Israel. Di Nablus juga, 9 warga Palestin cedera termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun setelah ditembak pendatang haram yahudi.

17. Mesir mencadangkan gencatan senjata selama 6 jam untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Disediakan oleh:
DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabngsa dan Hubungan Luar PAS Pusat – HARAKAHDAILY 12/10/2023

- Advertisement -