Janji royalti petroleum; Kerajaan ikut telunjuk Machiavelli? 

- Advertisement -

NICCOLLO Machiavelli bukan suatu sosok yang asing dalam dunia politik, apatah lagi tulisannya dalam The Prince telah menjadi satu wacana besar bagi pemain-pemain realpolitik

Pendekatan politik machiavellisme terkenal dengan matlamat menghalalkan cara. Tiada belas, hanya keberuntungan.

Gila tak gila ajaran politik Machiavelli ini, dalam menanggapi janji, terdapat satu petunjuk yang sangat jijik. 

“Penguasa yang bijaksana tidak boleh dan tidak patut berpegang pada janjinya, apabila dia perhatikan janji itu memberikan kelemahan kepadanya…”

Malah untuk lebih menyedapkan hati, ajarannya mengatakan, 

“Penguasa tidak akan mudah kering alasan atas kegagalannya dalam berpegang pada janji.”

Melihat kepada wewenang Machiavelli ini, tata kelola Kerajaan Persekutuan yang ada pada hari ini dalam isu pembayaran royalti petroleum juga seolah-olah mengekori ajarannya. 

Perjanjian bertulis 1974, mengatakan negeri akan menerima sebanyak 5 peratus daripada hasil royalti petroleum kerana menyerahkan hak cari gali kepada PETRONAS. 

Malangnya tahun 2023, kita digemparkan Kerajaan Persekutuan hanya memberikan RM405 juta sahaja kepada Terengganu itu pun setelah dilakukan 6 kali pembayaran. 

Sedangkan setiap tahun Terengganu menerima royalti secara puratanya RM1.2 bilion sehingga 1.4 bilion. Malah tradisi pembayaran hanya dua kali iaitu bulan Mac dan September. 

Bukankah ini satu pencabulan perjanjian? Lebih hodoh, pencabulan ini diberikan dengan pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan tidak tepat janji. 

Sebijik dengan apa yang diajarkan oleh Machiavelli. 

Ini belum kita bicara mengenai tandatangan Perdana Menteri ke-10 (PMX) untuk memberikan royalti sebanyak 20 peratus dalam kempen PRU-PRU yang lalu.   

Punah ranah. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 9/10/2023

- Advertisement -
- Advertisement -