Krisis keyakinan Kerajaan Campuran semakin parah

- Advertisement -

SEJAK Anwar Ibrahim mengangkat Zahid Hamidi sebagai orang nombor dua negara, kebimbangan utama adalah jawatan yang tinggi tersebut akan menjadi satu ‘speed bump’ terhadap pengendalian 47 kes salah laku beliau.

Ternyata sangkaan itu benar. Zahid dilepaskan tanpa dibebaskan selepas perbicaraan kes sejak November 2019.

Zahid dilepas tanpa dibebaskan selepas 77 hari proses pendakwaan.

Zahid dilepas tanpa dibebaskan selepas 114 saksi dipanggil memberi keterangan.

Zahid dilepas tanpa dibebaskan selepas mahkamah memutuskan kes beliau wujud prima facie.

Paling parah, Zahid dilepas tanpa dibebaskan selepas beliau berada dalam jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dilantik oleh kepimpinan PH yang seringkali melaungkan slogan tolak rasuah.

Persoalan yang saya ingin lontarkan, adakah mereka berpandangan rakyat hari ini terlalu naif untuk menerima kenyataan bahawa kes beliau ditarik balik oleh AGC sendiri tanpa ada sebarang ‘tangan ghaib’?

Sejak daripada awal lagi sudah diingatkan bahawa keberadaan Zahid di Putrajaya adalah suatu kesilapan dan bencana kepada negara.

Bukan kerana kita mahu mendahului keputusan mahkamah, tetapi kerana dibimbangi ia akan mengganggu ketelusan proses perbicaraan kes rasuah beliau sendiri.

Sedangkan kes tersebut sudah melalui fasa bela diri tetapi ditangguh dengan pelbagai alasan tidak munasabah.

Pasport beliau dikemukakan semula secara kekal pada Mac lalu. Kemudian proses representasi yang berterusan.

Dan ia berakhir dengan DNAA.

Memang ia tidak bebas sepenuhnya, tetapi cuba kita fikirkan, selepas segala beban pembuktian dikemukakan sehingga mengesahkan wujudnya prima facie kes, adakah pihak pendakwaraya akan membawa bukti lain atas pertuduhan ini?

Tidak mungkin berlaku.

Inilah skrip yang sememangnya sudah dijangka.

Kerajaan Campuran PH-BN jelas berdepan krisis keyakinan dan ia semakin meruncing.

DATO’ AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya
PAS Negeri Kedah. – HARAKAHDAILY 7/9/2023

- Advertisement -
- Advertisement -