
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan sekeras-kerasnya kenyataan seperti poster di bawah dan laman blog MH Daily (atas) yang berlegar di alam maya pada hari ini.
- Advertisement -
Beliau menyatakan tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang membawa maksud menyokong keputusan pembebasan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari ini.
“Perlu ditegaskan bahawa menghormati keputusan mahkamah adalah berbeza dengan isu pendakwa raya yang tidak meneruskan pendakwaan,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuang Kerian meminta pihak yang menularkan perkara itu agar menghentikannya dengan segera. – HARAKAHDAILY 4/9/2023





















