
MOSCOW: Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia mendakwa seorang bekas pekerja konsulat Amerika Syarikat (AS) di Timur Jauh Rusia kerana mengumpul maklumat mengenai perang di Ukraine dan isu lain untuk Washington.
Menurut agensi berita negara, TASS hari ini, Robert Shonov menyampaikan maklumat kepada kakitangan kedutaan AS di Moscow mengenai kesan kempen kerahan tentera Rusia terhadap ketidakpuasan hati politik menjelang pilihan raya presiden 2024 di Rusia.
FSB berkata, agensi itu merancang untuk menyoal pekerja kedutaan AS yang berhubung dengan Shonov, seorang warga Rusia yang telah ditahan sejak Mei lalu.
Kedutaan AS pada Mei lalu menyatakan bahawa dakwaan terhadap Shonov adalah tanpa merit sama sekali dan satu-satu peranannya pada masa penahanannya adalah untuk menyusun ringkasan media mengenai item akhbar dari sumber media Rusia yang diperolehi secara terbuka”. – REUTERS











