PRK Pelangai: Mengundi 7 Okt, penamaan calon 23 Sept

Tan Sri Abdul Ghani Salleh (Foto daripada Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia - SPR)
- Advertisement -

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai akan berlangsung pada 7 Oktober sementara penamaan calon 23 September ini.

- Advertisement -

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, pengundian awal pula ditetapkan pada 3 Oktober.

Menurutnya, tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 23 September selama 14 hari.

Beliau menyatakan demikian selepas mempengerusiksn mesyuarat khas SPR bagi menentukan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK Dun Pelangai, di sini hari ini.

Kerusi Dun Pelangai kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun, 53, pada 17 Ogos lalu.

Johari sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) memperolehi 7,308 undi, calon PERIKATAN NASIONAL, Kasim Samat (3,260 undi), calon PH, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031) dan Pejuang, Isa Ahmad (65). – HARAKAHDAILY 24/8/2023

- Advertisement -