
PASIR MAS: Pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Mekasar, pagi ini masih lengang selepas dibuka jam 8 pagi tadi. Suasana sekitar tempat mengundi juga masih sunyi.
Mereka yang hadir mengundi di tempat mengundi tidak perlu menunggu panjang dan kebanyakan boleh terus masuk bilik tempat pengundian.
Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Nasriff Daud Yatime yang mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN) ditentang Rasdan Mustafa mewakili Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, tempat mengundi di lokasi lain termasuk DUN Tendong sudah rancak dengan kehadiran ramai pengundi yang mengambil peluang mengundi lebih awal bagi mengelakkan cuaca tidak menentu pada sebelah petang.
Di DUN Tendong, penyandang dari PAS, Rozi Muhamad yang mewakili PN ditentang Noor Hariri Mohd Nor dari Barisan Nasional (BN). Sementara itu di DUN Meranti, penyandang yang juga calon PN, Dato’ Mohd Nassurudin Daud ditentang oleh Zahari Omar dari BN. – HARAKAHDAILY 12/8/2023











