Saifuddin: Tewas fitnah lama, bakal kalah fitnah baru

- Advertisement -

MENTERI Besar Kedah Sanusi telah membawa kes fitnah REE Saifuddin ke mahkamah. Writ saman telah dikeluarkan.

Dua kenyataan Saifuddin yang disabitkan itu adalah;

● Kenyataan Saifuddin kata Menteri Besar salah guna jawatan untuk mencuri REE.

● Kenyataan Saifuddin kata Menteri Besar telah menyeleweng dalam tadbir urus duit MARRIS berjumlah RM1.6 bilion. 

Isu MARRIS ini checkmate awal lagi sebab itu Saifuddin tak ada bunyi lagi dah.

Tapi apa yang Menteri Besar Kedah Sanusi kena hari ni masih tak boleh nak celen fitnah depa terhadap Almarhum Tan Sri Khalid dulu. 

Bukan dua tapi tujuh kenyataan fitnah yang dibuat. Jenuh la kalau nak tepis satu-satu tambah-tambah pimpinan atasan Almarhum sendiri buat aniaya.

Antara fitnah tersebut;

Satu, pelupusan hutang Tan Sri Khalid dengan Bank Islam.

Dua, urusniaga dengan Ecoworld Berhad.

Tiga, penstrukturan isu air. 

Empat, pelaksanaan projek Lebuhraya Kidex.

Empat point ini masih terpapar dalam laman web rafiziramli.com bertarikh 7 Ogos 2014. 

Ada tiga lagi. 

Kesemua kenyataan fitnah dihurai kononnya disulam dengan fakta dan angka dalam pelbagai siri ceramah dan sidang media. Sama macam la hat duk berlaku. Ramai yang terpesona dan ikut mengkritik. 

Hanya Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH), Mursyidul Am dan Syura Ulamak PAS yang masih berdiri setia di belakang Almarhum. Almarhum ambil keputusan untuk saman. 

Paling aku tersentuh, Almarhum tak letak nama Wan Azizah dalam writ saman dia. Masih berbaki rasa hormat dia walaupun habis diaibkan. Akhirnya, Saifuddin buat kenyataan maaf. Dengan tanpa bersalahnya. 

Selepas 91 muka surat dokumen dikeluarkan kononnya Almarhum ada masalah integriti yang kritikal. Selepas Almarhum diaibkan dalam siri-siri ceramah Saifuddin dan Rafizi sendiri. Selepas sebahagian rakyat Selangor ada yang mencemuh Almarhum walaupun selama ini beliau berjuang mentadbir negeri demi rakyatnya. 

Percayalah, kedua-dua cerita ini berlaku kerana seorang individu.

Bila Menteri Besar pecah tembelang mengenai kehadiran dia dengan individu lain bernama Reza Chalid dalam projek REE ni, baru nampak puzzle seakan sempurna. 

Almarhum Tan Sri Khalid pernah sebut dulu, beliau dijatuhkan bukan semata-mata depa nak angkat individu tersebut sebagai Menteri Besar.

Tapi ada juga berkait dengan isu penstrukturan air Selangor. Individu tersebut pulun nak bayaq mahal untuk ambil alih SPLASH. Dia nak kita bayaq RM2.7 bilion sedangkan Almarhum kata RM250 juta cukup untuk ambil alih SPLASH tu.

Cerita ni berbeza tapi perancangan depa mirip. Kali ni dia akan tewas insya-Allah. Kemenangan kita akan menebus semula apa yang depa dah buat terhadap Almarhum dulu. Insya-Allah.

HAFIZ MANSOR – HARAKAHDAILY 8/8/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid038Mt381dN3geFVk8S3V5wK5xpKjkQqfGWSqUAYfaZNJ52ZLFnAJZLb7Q1F5UVxt7Xl&id=100001607375200&mibextid=Nif5oz

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -