Rahul Gandhi kembali menjadi ahli parlimen

- Advertisement -

NEW DELHI: Parlimen India hari ini, mengembalikan semula kedudukan pemimpin Parti Kongres, Rahul Gandhi sebagai ahli parlimen selepas Mahkamah Agung menggantung sabitannya atas tuduhan memfitnah.

Gandhi yang bapa, nenek dan datuknya adalah perdana menteri, disabitkan kesalahan pada Mac lalu dalam kes yang dibawa oleh ahli parlimen dari Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah berikutan komennya pada 2019 yang didakwa menghina Perdana Menteri, Narendra Modi.

- Advertisement -

Selepas disabitkan kesalahan, Gandhi, 53, kehilangan kerusi parlimennya dan dipenjarakan selama dua tahun tetapi dibenarkan ikat jamin.

Mahkamah Agung minggu lalu menggantung sabitan itu, membenarkan Gandhi kembali ke parlimen dan bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadualkan tahun depan.

Gandhi berusaha untuk membatalkan sabitan itu, tetapi cabarannya masih belum didengar oleh mahkamah rendah.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Gandhi membantu Kongres berunding dengan parti pembangkang lain untuk mewujudkan idea perikatan besar bagi menentang BJP dalam pilihan raya umum. – REUTERS

- Advertisement -