Nik Bahrum tidak gentar hadapi tiga penjuru

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pertembungan tiga penjuru antara PAS, Barisan Nasional (BN) dan calon bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka tidak melemahkan semangat calon PERIKATAN NASIONAL (PN) yang diwakili PAS.

- Advertisement -

Nik Baharum Nik Abdullah berkata, gerak kerja kempen dilakukan setiap hari di semua Unit Daerah Mengundi (UDM) di DUN tersebut.

“Kempen dilaksanakan bermula selepas Subuh sehingga malam. Kami berjumpa dengan penduduk di masjid, kedai kopi dan aktiviti bersama rakyat. Semua tempat kami sudah pergi jumpa pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Media PN di Pejabat PAS Kelantan di sini hari ini.

Nik Bharum yang juga seorang peguam turut melancarkan gagasan kempen dengan menyentuh isu intelektual, spiritual, life and lean, atmosphere dan material atau ISLAM.

Katanya idea ISLAM akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Selain itu kemudahan rakyat juga akan ditambah dan dinaik taraf di lokasi menjadi tarikan rakyat dan mengangkat sosio ekonomi dengan mempertingkatkan industri hiliran penduduk tempatan.

“Ia merupakan perancangan yang akan dibuat dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya diberi mandat pengundi di DUN Chempaka,” katanya.

Kata beliau juga Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dijangka siap tidak lama lagi bakal menjadi mercua tanda DUN itu bagi merancakkan lagi sosioekonomi penduduk tempatan.

Beliau juga berkata, pembangunan di DUN Chempaka sudah mencukupi dengan pelbagai kemudahan yang tidak ada di kawasan lain seperti lapangan terbang. – HARAKAHDAILY 6/8/2023

- Advertisement -