Saint-Maximin tinggalkan Chelsea, sertai Al-Ahli

- Advertisement -

Pemain sayap Perancis, Allan Saint-Maximin, meninggalkan Newcastle United dan menyertai kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Ahli dengan perjanjian tiga tahun.

“Kami memilih yang terbaik dan dia adalah seorang daripada mereka,” kata Al-Ahli di platform pemesejan X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

- Advertisement -

Newcastle dan Al-Ahli tidak mendedahkan yuran perpindahan pemain berusia 26 tahun itu yang menyertai Newcastle dari kelab Ligue 1, Nice pada 2019.

Saint-Maximin, 26, akan bergandingan dengan bekas pemain Liga Perdana, Roberto Firmino, Edouard Mendy dan Riyad Mahrez di Al-Ahli.

Saint-Maximin diketepikan daripada jelajah pramusim Newcastle di Amerika Syarikat dengan pengurus, Eddie Howe berkata kelab itu terpaksa menjual pemain semasa jendela perpindahan ini kerana perlu mematuhi peraturan Kewangan UEFA.

Public Investment Fund, yang merupakan dana kekayaan negara Arab Saudi, masing-masing memiliki 75 peratus dan 80 peratus pemilikan Al-Ahli dan Newcastle.

Saint-Maximin menyertai senarai nama berprofil tinggi yang semakin bertambah untuk berpindah ke Timur Tengah, dengan pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema, N’Golo Kante dan Ruben Neves antara mereka yang mengikuti jejak Cristiano Ronaldo, yang berpindah ke Al- Nassr pada Januari lalu. – REUTERS

- Advertisement -