Hampir 10,000 iringi calon PN di Tanah Merah

- Advertisement -

TANAH MERAH: Hampir 10,000 penyokong PAS dan Bersatu mengiringi calon PERIKATAN NASIONAL (PN) ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Tanah Merah.

Mereka berarak sejauh kira-kira 700 meter dari Dataran Ilmu ke Pusat Penamaan Calon di bandar Tanah Merah.

- Advertisement -

Pada Pilihan Raya Negeri (prn) kali ini, Dato’ Abdul Fattah Mahmood dan Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman masing-masing kekal di kerusi DUN Bukit Panau dan Kemahang.

Manakala bagi DUN Gual Ipoh menyaksikan muka baharu, iaitu Pengerusi Bersatu Tanah Merah, Bahari Mohd Noor.

Kelihatan hadir Ahli Parlimen Tanah Merah, Dato’ Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang turut mengiringi calon terbabit.

Manakala penyokong Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) berkumpul di Dataran Jati berhampiran Stesen Kereta Api Tanah Merah.

Penyokong mengiringi calon PERIKATAN NASIONAL di Tanah Merah

Mereka juga berarak ke padang awam Majlis Daerah Tanah Merah secara sebelah menyebelah antara PN dan PH-BN.

Media sebelum ini melaporkan Parti Putra dikatakan mahu bertanding di DUN Gual Ipoh, namun sehingga kini belum kelihatan wakil parti terbabit.

Pada PRN kali ini, PH diwakili Umno di DUN Kemahang dan Gual Ipoh, manakala calon Amanah di Bukit Panau.

Bukit Panau diwakili Dato’ Dr Samsu Adabi Mamat, Zuhairi Zakaria (DUN Gual Ipoh) dan Mazli Mustafa (Kemahang). – HARAKAHDAILY 29/7/2023

- Advertisement -